Monday, 21 May 2012

Demons: Zero (Kesuma)

Ayam yang telah memasuki kategori muda ini adalah dari reban saudara azreen SeramaPOS. Anak kepada Badang johor. Waktu remaja ayam ini biasa je cuma bila time muda dia start selam macam Badang Johor. Harap ia akan lebih menyerlah di masa akan datang. Bolehla sebagai penyeri reban..

Tunggu matang skit lagi. Insyaallah akan jadi salah satu pembaka masa depan.


Video Zero

Friday, 18 May 2012

One (Sami Siam)

Salam dan selamat sejahtera kepada peminat serama sume.. Pada hari ini saya ingin memperkenalkan produk yang saya dapat semenjak anak c dan skarang telah hampir ke kategori muda.. Hasil dari silangan baka sami gila + perahu siam. Ayam boleh la setakat penyejuk mata sendiri.. Hehe..
Ni waktu remaja (Cutting leh Tahan)

Ni lak dari remaja ke muda, cutting jadi tinggi body halus (AA)

Start menyelam

Bulu yang rapat dan balung jarum yang halus dan menawan. Semoga ayam ni semakin menyerlah di masa depan. Alhamdlilah.

Thursday, 17 May 2012

Serama Sri Cangkat

Salam Sejahtera kawan-kawan..

Jika ada yang berminat mencari ayam serama yang agak cantik dan comel (sedap mata memandang bolehla menghubungi saudara Azhar Sri Cangkat (geng main serama) di talian 0195115468.

Ok habis bab iklan ye, saje nak promote kengkawan, hehehe. Minggu lepas waktu pulang ke kampung sempat jugaklan saya ke reban beliau di Kg Changkat Petai, Tapah Road iaitu kampung saya juga. Melihat produk di reban beliau terasa kecil je saya didalam dunia serama ni. Walau bagaimanapun saya sempat snap gambar Sri Kemumin beliau, iaitu serama yang menjadi 'ICON' di reban beliau.. Dengan gaya kibas lonjak selam dan lempar sayap, serama ini memang cukup menawan hati..

Turut kelihatan dalam gambar ialah saudara Azhar sendiri yang begitu bersungguh melatih ayam ini. Semoga ia akan menyerlah lagi di masa hadapan. Sekian.

Dengar cite ayam ni nak juai, cube la risik. Pernah dapat top ten di games Melaka.

Baka Jalak (TNSF)

Salam di sisni saya ingin memaparkan ayam remaja saya yang bernama PUMP GUN. Ia adalah hasil dari reban TNSF di Alor Setar Kedah. Ayam ini mempunyai gaya yang bersahaja dimana ia gemar mengibaskan syapnya bertalu-talu. Harapnya ayam ini akan dapat tarik selam seperti lapisan sebelumnya dan mewarnai bon2 seluruh Malaysia, Insyaallah. Moh tengok gambor..

Ekor masih belum siap sepenuhnya




Alhamdulillah ayam dah cukup comel dimata harap akan menjadi lagi di masa akan datang.

Wednesday, 16 May 2012

Pembaka Utama Reban

Salam, di post kali ini saya ingin memperkenalkan pembaka saya yang tidak terurus iaitu Penagam yang berasal dari reban Adham Sri Gading. Serama ini  adalah dari baka anjaria, sangat garang dan aktif di meja. Insyallah akan beraksi di bon kelak bila bulu dah siap sepenuhnya. Penagam tidak la secantik serama kawan-kawan lain, tapi ia tetap 'menang' di hati saya. Warna ara ialah warna kegemaran saya, mungkin agak ketinggalan jika dibandingkan teman-teman lain yang dah menghasilkan produk kuning di reban masing-masing.

Penagam

Bersama induk dari SeramaPos (Tok Uban)





Salam Serama SeMALAYA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,


Salam perkenalan dari saya Hafiz, yang mana mempunyai akaun FB dengan nama Hafiz Demons, orang baru dalam dunia penternakan serama. Saya sedang dalam usaha membiakkan ayam dari pelbagai baka yang saya kumpul yang kebanyakan nya dari reban Adham Sri Gading, Cikgu Nik Serama Taiping, Azreen SeramaPos dan beberapa reban rakan2 yang lain. Buat masa ni saya sedang mengadunkan darah dari pelbagai baka (Try in Errror) untuk menghasilkan serama yang dapat sedikit sebanyak memberi saingan di bon-bon dan setidak-tidaknya di mata saya. Harapnya saya akan dapat tunjuk ajar dan bimbingan dari rakan-rakan yang secara tidak langsung akan kita gunapakai bersama didalam penghasilan serama yang bermutu. Sekian untuk post kali ini. 


Hafiz