Tuesday 30 April 2013

Pindah blog

Assalam dan salam sejahtera, mohon maaf diatas sebab sebab tertentu blog ini akan ditutup dan saya akan undate entry dan post terbaru di link di bawah ye.. sila klik..

http://seramahafiz.blogspot.com/

Sunday 13 January 2013

For Sale

Assalamualaikum, disini saya ingin buka untuk me letgo serama A warna kubing, sesiapa yang berkenan boleh hubungi saya di talian 0142297133 - Hafiz. Ayam boleh buat game dan jadi pembaka, sangat aktif, kemas dan comey. Layan.. Di bawah ialah pose2 dari redboy.. untuk video sila scroll down di post terdahulu.. Sekian..



Tuesday 1 January 2013

Red Boy 3.0

Assalam dan Salam 1Malaysia
Disini saya ingin memperkenalkan pembaka kubing yang sedang dipersiapkan ke arena, insyallah. Diimport dari Selatan tanah air iaitu dari saudara Azreen, Redboy sekarang dijadikan antara pembaka sampingan bagi projek 2013 reban Demons. 

Berikut adalah sedikit gambar ketika Redboy mula-mula smpai di Tg Malim, ayam A berkating slim tinggi ini pernah mendapat Top 5 kategori serama A di game Shah Alam baru-baru ini. Harap dapat menghasilkan anak2 berkualiti seperti bapaknya Badang Johor.

Pandangan Sisi

Pandangan Hadapan

Dibawah pula gambar Redboy setelah masuk salloon Demons

Pandangan sisi

Atas

Terkini semakin bergaya


Video Redboy 3.0

Tuesday 25 December 2012

Update Jaguh Kampung

Assalam semua dan selamat sejahtera, lama gile tak update blog ni.. baiklah saya ada attch gambar ayam-ayam di reban Demons. Ayam biasa-biasa je alhamdulilah makin berkembang walau banyak jugak rintangan. Hehe.. ok jomla layan gambar.. Terima kasih kepada kawan2 dan peminat ayam serama yang datang membeli produk dri reban saya semoga serama anda menjadi 'gilleerr' di masa akan datang. Sekian terima kasih

Regards, 
Hafiz Demons

Penagam - Bapak pembaka reban

Telur ayam dalam inkubator

induk reban


Anak induk reban (SOLD)

Anak-anak reban


Lagi anak-anak reban

Induk kandang

Anak-anak ATM

Remaja kuning (01) - takde nama lagi

Remaja kuning (01) - takde nama lagi

Remaja kuning (01) - takde nama lagi

Bapak Pembaka ATM

Makin bergaya


Muda SG - Mat Ronie


Baru belajar bergaya

Lepas mandi

(",)

Ayam Kategori (Kubing)

Bulu Tak terurus..

** Kepada kawan2 yang berminat marilah datang kerumah untuk berkongsi kongsi idea dalam penjagaan serama.. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat bersama.. Amin..

Sunday 28 October 2012

Ayam Tg malim (ATM)

Salam lagi sekali nak update bapak pembaka saya iaitu ATM

Dalam setor rumah

Sewaktu di bon

bon 2



Penagam

Penagam: Pembaka yang masih bergaya direban

Sekarang ni saya menggunakan empat pembaka yang berbeza untuk menghasilkan variasi warna bagi penghasilan serama. Masih dalam proses cuba dan jaya, ada yg menjadi dan ada yang tidak. tapi setakat ni nampaknya produk reban ada yang bagi saya sedap mata mandang. Pelbagai penyakit masa kini juga menyebabkan susah bagi penternak menghasilkan anak2 ayam bermutu.

Penagam (Ara)
Bersama induk belunjur

Ayam yang sentiasa berkeadaan tegak(tarik)

Harapnya penagam akan menjadi semakin kuat dan berjasa kepada saya. Terima kasih, sayang..


Adudu Si Penyeri Reban

Assalam kawan-kawan semua hari ni saya nak tunjuk salah seekor anak hasil reban saya iaitu anak kepada tombak dan ibu tua. Harap dapat jadi comel di masa depan. Anak ayam pun dah kurang sekarang ni. Terima kasih kepada kengkawan yang sudi datang dan mencuba produk saya yang tak seberapa ni. TQVM.

Adudu ni nampak gayanya masuk remaja dah mula turun perangainya..

balung mancis ke tu?


dada besar

Gamba ketika naik nak masuk remaja

Pada pandangan saya ayam ni sangat halus.. alhamdulillah..