Tuesday 25 December 2012

Update Jaguh Kampung

Assalam semua dan selamat sejahtera, lama gile tak update blog ni.. baiklah saya ada attch gambar ayam-ayam di reban Demons. Ayam biasa-biasa je alhamdulilah makin berkembang walau banyak jugak rintangan. Hehe.. ok jomla layan gambar.. Terima kasih kepada kawan2 dan peminat ayam serama yang datang membeli produk dri reban saya semoga serama anda menjadi 'gilleerr' di masa akan datang. Sekian terima kasih

Regards, 
Hafiz Demons

Penagam - Bapak pembaka reban

Telur ayam dalam inkubator

induk reban


Anak induk reban (SOLD)

Anak-anak reban


Lagi anak-anak reban

Induk kandang

Anak-anak ATM

Remaja kuning (01) - takde nama lagi

Remaja kuning (01) - takde nama lagi

Remaja kuning (01) - takde nama lagi

Bapak Pembaka ATM

Makin bergaya


Muda SG - Mat Ronie


Baru belajar bergaya

Lepas mandi

(",)

Ayam Kategori (Kubing)

Bulu Tak terurus..

** Kepada kawan2 yang berminat marilah datang kerumah untuk berkongsi kongsi idea dalam penjagaan serama.. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat bersama.. Amin..

Sunday 28 October 2012

Ayam Tg malim (ATM)

Salam lagi sekali nak update bapak pembaka saya iaitu ATM

Dalam setor rumah

Sewaktu di bon

bon 2



Penagam

Penagam: Pembaka yang masih bergaya direban

Sekarang ni saya menggunakan empat pembaka yang berbeza untuk menghasilkan variasi warna bagi penghasilan serama. Masih dalam proses cuba dan jaya, ada yg menjadi dan ada yang tidak. tapi setakat ni nampaknya produk reban ada yang bagi saya sedap mata mandang. Pelbagai penyakit masa kini juga menyebabkan susah bagi penternak menghasilkan anak2 ayam bermutu.

Penagam (Ara)
Bersama induk belunjur

Ayam yang sentiasa berkeadaan tegak(tarik)

Harapnya penagam akan menjadi semakin kuat dan berjasa kepada saya. Terima kasih, sayang..


Adudu Si Penyeri Reban

Assalam kawan-kawan semua hari ni saya nak tunjuk salah seekor anak hasil reban saya iaitu anak kepada tombak dan ibu tua. Harap dapat jadi comel di masa depan. Anak ayam pun dah kurang sekarang ni. Terima kasih kepada kengkawan yang sudi datang dan mencuba produk saya yang tak seberapa ni. TQVM.

Adudu ni nampak gayanya masuk remaja dah mula turun perangainya..

balung mancis ke tu?


dada besar

Gamba ketika naik nak masuk remaja

Pada pandangan saya ayam ni sangat halus.. alhamdulillah..

Thursday 27 September 2012

ATM

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..


Lama sungguh rasanya saya tak meng'update' post terbaru di laman blog serama ni. Ayam pn dah berkurangan sejak kebelakangan ni. Alhamdulilah, ada beberapa induk dah berjaya menetaskan anak-anak waris dari Penagam, Ronldo dan Tombak Changkat.



Di 'post' ini, saya ingin memperkenalkan antara pembaka lain yang berada di reban yang berwarna kuning. Buat masa ni, saya dah ada pembaka dari warna ara, kubing dan kuning. Mungkin akan cuba mendapatkan warna dan baka yang berbeza di masa akan datang Insyaallah.



ATM - Ayam ini saya dapat hasil dari bantuan kawan-kawan yang berada di kelantan dan taiping, dua(2) kali transit sebelum sampai di Tanjong Malim. Tujuan asalnya memang saya nak mencari pembaka yang bertulang kasar, warna solid, dan berkating moden. Alhamdulilah dengan bantuan rakan-rakan saya berjaya mendapatkan ATM. Gaya lonjak dada, kibas yang 'steady' memberikan saya ketenangan di waktu petang dikala balik dari kerja. Apapun berikut ada beberapa gambar dan disertai dengan video ATM untuk tatapan anda. Harapan saya semoga ATM dapat menghasilkan anak-anak reban yang berkating terkini dan bergaya. Apapun kita hanya mampu merancang, segalanya ditentukan Allah SWT.Sekian, HafizDemons.



Ketika baru sampai di Tg Malim

Mula bergaya, masa ni kepak belum siap sepenuhnya.

Disamping Ronaldo (Telah bertukar geran)

Siap sepenuhnya

Video ATM

Thursday 12 July 2012

GAME PIALA AGONG KEDAH 7/7/12

Alhamdulilh pada pertandiangan ayam serama di kedah yang lepas Tombak Changkat menyerlah lagi setelah berjaya berada dalam kelompok ketiga teratas dalam kategori serama remaja..

Saya sampai agak lewat pada game tersebut. Pihak penganjur menetapkan jam 11.30 am sebagai masa terakhir untuk memasukkan ayam dlm pertandingan. So, masa yang ada amat kurang di mana sya hanya sampai di bon jam 11pagi. Dahla partner takda pada hari tu. Sangat letih dan ini dapat beri pengajaran dan pengalaman baru untuk saya sendiri. Apapun tahniah kepada penganjur dan para pemenang. Alhamdlih.

Jom layan gambar. 

Alhamdulilah no 3. Pengalaman dan koleksi piala terbaru di bon besa.. (",)

Tombak di samping piala kemenangannya..


Sedikit video aksi Tombak Changkat


Thursday 28 June 2012

Game Melaka 24/06/12 - Tombak Changkat merangkul Gelaran BOTB!!

Salam semua.. Lama rasanya tak update blog ni. Banyak keje di opis n dirumah pula sibuk melayan si kecik yang kian noti.. Hehe.. Alhamdulilah di bon Melaka yang lepas, team kami iaitu Sri Changkat telah meraih beberapa kejayaan iaitu Johan ABS (Azhar Sri Changkat), Johan anak B (Azhar Sri Changkat), Johan Remaja, Saguhati anak B (no4), Saguhati Anak A (Azhar Sri Changkat) (no4) dan Saguhati muda (Azhar Sri Changkat) (no4) dan seterusnya mendapat gelaran BOTB menerusi johan remaja - Tombak Changkat dengan undian 5-0.

Berikut adalah beberapa gambar di sekitar bon Melaka dan gambar tribute untuk Tombak Changkat!!

Sebelum ke Melaka 

Angkat dada skit

Serama Park Melaka

Kelihatan di belakang Pok Ki ditemuramah tv3 

Kertas undian BOTB


Bersama Tombak di meja game (Gambar ihsan dari Serama Telok Mas)

Menjadi perhatian camera (Gambar ihsan dari Serama Telok Mas)

(Gambar ihsan dari Serama Telok Mas)


Ok ni lak adik kepada Tombak iaitu Loki.. Harap akan mengikut jejak langkahnya.. Oh ya, kedua dua ayam kubing ini adalah hasil dari silangan otai dari Taiping iaitu Cikgu Nik (Serama Taiping). Walaupun tidak mewarisi warna bapaknya (lesung mas), namun ternyata ia tetap ada keistimewaannya..

Monday 4 June 2012

Loki

Salam kawan-kawan. Hari ini saya nak memperkenalkan salah satu dari anak serama yang berpotensi iaitu LOKI. Ayam ini adalah daripada sahabat saya Serama Taiping iaitu Cikgu Nik. Telah mendapat tempat ke-5 di bon RTC Gopeng yang lepas dengan markah gaya kedua tertinggi di belakang Juara Anak B.. Cumanya bab aksesori kantoi berikutan bulu tak siap n pecah2. Hehe. Apapun alhamdulillah, gaya kibas lonjaknya yang bertalu talu amat memuaskan dan harapan saya agar Loki akan lebih menyinar di masa akan datang. Abangnya Tombak Changkat pn nampaknya semakin menjadi. Mungkin akan di bawa di game akan datang insyaallah.. Thanks Loki, i love u lah!!

Sunday 3 June 2012

Bon RTC Gopeng

Berikut adalah sedikit sebanyak suasana di game Gopeng yang dijayakan geng KL.. Sangat elok n proper one.. harap bon lain akan mencontohi game ni dimasa akan datang.. Sangat baik dari segi penglibatan penganjur... A+++++

Ni la tempat pertandingan diadakan!!

Tengok meja pengadilan yang cantik.. Mesti ayam pn kurang streess.. (",)

Kaunter pendaftaran.. Turut kelihatan saudara Adham Sri Gading(Naib johan Muda) dan Naz Serama Perit Buntar(Tempat ketiga Tanpa Lawi)

Saudara Sharul Serama Sirimss


Lebai jadi orang kuat masa game ni..

Apa la abg adham gtau tu..hahaha


ni pulak sahabat saya kerol (Sri Cangkat) sedang menunjukkan serama nya kepada pengacara kita..


Ayam abg adham (no 2 Muda)





Otai shuib n Mie saudara kebab


Sifu tengah belek ayam johan remaja

Botb 

Botb

Botb (Terbaik)

Johan Muda (Sangat halus)

Johan Remaja bersama tuannya (belakang)